JDT menang, bekas TPM rai bersama penyokong
  • 8 years ago
Kegembiraan meraikan kemenangan bersejarah JDT menewaskan kelab dari Tajikistan, FC Istiklol dengan keputusan 1-0 di Dushanbe perlawanan akhir piala AFC turut dikongsikan oleh anak Johor yang kini menjadi bualan peminat politik, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen Pagoh di Johor - dalam Facebook beliau - memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan bagaimana penyokong JDT meraikan detik kemenangan itu.
‎"Tahniah JDT! Sejarah baru bola sepak Malaysia!" kata Muhyiddin.

Beliau dilapor menyaksikan perlawanan itu melalui siaran televisyen di sebuat restoran di Kota Damansara bersama "bangsa Johor" yang menetap di sekitar Lembah Klang.0