Sarawak tersingkir, penyokong beri semangat 'kita bangkit bersama'

  • 6 years ago
Kelab penyokong bola sepak Sarawak GB13 berkata detika jatuhnya pasukan Sarawak ke Liga Perdana jangan dikenang sebagai detik kejatuhan tetapi harus dikenang sebagai detik kebangkitan semula.

Menerusi satu status berserta video di laman facebook rasmi GB13 berkata setelah tiga tahun sarawak cuba untk bertahan tetapi kini kecundang ke Liga Perdana.

Namun ada hikmah disebelik kejatuhan ini dan harus menjadi pengajaran buat pemain, pengurusan dan penyokong.

GB13 berjanji akan terus bersama Sarawak walaupun bermain di Liga Perdana musin hadapan.

"Mulai esok, bermulalah kembali perjuangan kita untuk menaikkan semula nama Sarawak"