Sebelum sepak mula, KJ beri kata-kata semangat
  • 7 years ago
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi kata-kata semangat buat skuad bola sepak Malaysia Sukan SEA 2017 beberapa minit sebelum perlawanan menentang Indonesia bermula, di Stadium Shah Alam malam tadi.

Rakaman tular di media sosial itu memaparkan kata-kata semangat Khairy sambil menyampaikan salam daripada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kepada skuad bola sepak negara.

http://www.kinitv.com/video/51763O74 - Aksi tandukan 'keramat' Thanabalan buat Indonesia tergamam

Malam tadi, sentuhan penyerang negara, N Thanabalan pada penghujung masa perlawanan‎ melayakkan skuad bola sepak Malaysia ke pentas akhir selepas menewaskan Indonesia 1-0.

Malaysia akan bertemu dengan Thailand di final.