Video kekecohan sejurus tamat perlawanan Perak-JDT

  • 7 years ago
Kekecuhan tercatus sejurus tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

Harian Metro melaporkan seorang penyokong dan seorang anggota polis cedera dalam kekecohan tersebut di luar Stadium Ipoh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sepanjang perlawanan berlangsung tiada sebarang insiden berlaku, namun sedikit kekecohan berlaku sejurus tamat perlawanan.

"Setakat ini dua dilaporkan cedera membabitkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang penyokong dipercayai terkena letupan mercun di luar stadium.