Perlawanan penuh emosi, Barcelona menentang Chapecoense

  • 7 years ago
Perlawanan pembuka tirai Barcelona, Trofi Joan Gamper berlangsung penuh emosi apabila Barca menerima kunjungan Chapecoense awal pagi tadi.

Chapecoense adalah kelad Brazil yang hampir kehilangan keseluruhan pasukan selepas pesawat yang dinaiki terhempas dan mengorbankan 19 pemain dan 24 pegawai tahun lalu.

Pertembungan penuh emosi itu menyaksikan Chapecoense diketuai Alan Ruschel seorang daripada tiga pemain yang terselamat daripada nahas tragis tersebut.

Selain Alan, Nieto dan Jakson Follman yang kaki kanan terpaksa dipotong selepas nahas itu diberi penghormatan melakukan sepak mula dihadapan 65,000 penyokong Barca.

The Catalan akan mendermakan 250,000 euro (RM1.26 juta) bagi membantu pembangunan semula kelab berkenaan.
Ini merupakan aksi Barcelona tanpa kelibat Neymar selepas berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) awal minggu lalu.