Angkara tisu tandas perlawanan bola dibatalkan
  • 6 years ago
Satu aksi 'panas' Liga Super Greek antara PAOK Thessaloniki dan Olympiakos terpaksa dibatalkan beberapa minit sebelum ia bermula.

Pembatalan dilakukan selepas jurulatih Olympiakos cedera di muka terkena balingan segulung tisu tandas oleh penyokong lawan.

Oscar Garcia berdarah dibibir dan beliau mengarahkan pemainya masuk ke bilik persalinan sebagai tanda protes.

Susulan itu terjadi rusuhan di luar staidum akibat tindakan pembatalan perlawanan 'panas' ini.

PAOK merupakan pendahulu Liga Super ketika ini dan Olympiakos yang berada di tangga ketiga.

Olympiakos merupakan juara Liga Super Greece selama tujuh musim berturut-turut sebelum ini.