Akhyar, Hadi ledak 2 gol buat Malaysia
  • 7 years ago
kempen Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017 yang bermula semalam menjadi buat Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara apabila membenam Laos 4-1 semalam.

Penyerang Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Akhyar Rashid membuktikan bisa mereka apabila masing-masing menjaringkan dua gol pada setiap babak perlawanan.

Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Hadi dan Akhyar menambah gol pada penghujung babak pertama.

Akhyar terus cemerlang dengan gol ketiga negara pada minit ke-60 untuk kedudukan 3-0.

Hadi memastikan Malaysia unggul dengan gol keempat pada minit ke-90.