Griezmann ledak gol lawa tamatkan kemarau jaringan

  • 6 years ago
Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menamatkan badi kebuntuan menjaringkan gol hingga dikritik para pemerhati dan peminat bola.

Griezmann menjaringkan gol pertama dengan satu sepakan gunting yang cukup mempesona sebagai tanda pengakhiran kemarau gol buat beliau.

Bukan setakat menamatkan kemarau jaringan, Griezmann muncul wira membantu Atletico menewaskan AS Roma 2-0 untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Secara matematik memang seakan tiada ruang buat Atletico untuk mara ke peringkat kalah mati apabila akan berdepan cabaran Chelsea pada perlawanan seterusnya.