Koleksi jaringan lawa dari Jep Sepahtu
  • 6 years ago
Ya tidak perlu diperkenalkan lagi, semua sudah tahu bahawa pemilik nama Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau Jep Sepahtu sememangnya hebat bermain bola.

Biarpun kini meniti kerjaya sebagai pelawak dan juruhebah, Jep dahulunya pernah mewakili negeri kelahirannya, Johor dalam pertandingan bola sepak.

KiniTV menerusi ruang sukan hari ini menyiarkan koleksi jaringan terbaik yang pernah dihasilkan oleh Jep Sepahtu hasil rakaman dari media sosial.

Agak-agak mana yang paling lawan menurut anda semua?