Tambat ringgit bukan langkah terbaik buat Malaysia - Gabenor BNM
  • 2 years ago
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata menambat ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat bukan langkah terbaik.

Katanya, kelemahan ringgit ketika ini didorong oleh faktor luaran seperti kadar faedah yang tinggi di AS dan ketidaktentuan di China.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengesyorkan kerajaan kembali menambat ringgit bagi menghentikan ketidaktentuan nilainya dan memulihkan semula kewangan negara.