Najib ajak buat lebih banyak filem di Malaysia - Rajnikanth
  • 7 years ago
Ikon filem Tamil, Rajnikanth melahirkan rasa berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana sudi menerima jemputan untuk hadir ke kediamannya di Chennai, India.

Ketika diserbu pemberita tempatan, Rajnikanth berkata mereka hanya sekadar berbual mesra dan minum teh serta sempat memberi Najib tontonan klip 'Kabali' lakonannya.

Rajnikanth berkata demikian kepada pemberita selepas Najib mengadakan lawatan ke rumahnya hari ini.

Pelakon handalan Tamil itu berkata Najib ada mempelawanya supaya membuat lebih banyak filem di Malaysia.

Jelasnya lagi, pertemuan tersebut dianggap satu perjumpaan yang muhibah.
Recommended