Video: Aksi duduk di tingkap kereta, polis ambil tindakan

  • 8 years ago
Video sekumpulan remaja perempuan yang melakukan aksi duduk di tingkap kereta dan mengeluarkan badan ketika kereta berkenaan sedang bergerak viral di laman sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan Genting Highlands baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden S. Somu, berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengenalpasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

Tambahnya lagi kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Recommended