Cuaca panas, aksi polis goreng telur atas bonet kereta tular
  • 7 years ago
Video seorang anggota polis Australia di Birdsville sedang mengoreng telur di atas bonet kereta perondanya tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Cuaca panas mencecah 41 darjah Celcius sejak ejak sambutan Hari Australia pada 26 Januari hingga Ahad lalu mungkin menjadi punca kepada aksi polis berkenaan.

Video berkenaan dimuat naik laman Facebook Jabatan Polis Queensland itu mendapat tontonan lebih tiga juta hanya dalam masa lima hari sahaja.