Aksi suspek warga Vietnam - dari penyanyi ke lokap polis

  • 7 years ago
Wanita Vietnam yang disyaki membantu dalam pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara adalah seorang penyanyi, berdasarkan kepada gambar-gambar di laman Facebooknya.

Empat hari sebelum Kim Jong-nam dibunuh di lapangan terbang Malaysia, dia telah menyiarkan gambar dirinya memakai baju terpampang dengan akronim 'LOL', sama dengan yang terdapat pada suspek yang dirakam oleh kamera CCTV.

Wanita itu (nama tidak didedahkan kerana suspek belum didakwa) bekerja di sebuah pusat hiburan, menurut polis Malaysia, yang telah menahannya berhubung pembunuhan Kim Jong-nam.

Polis Malaysia berkata wanita Vietnam itu dan seorang wanita warga Indonesia menyapu cecair, yang mengandungi bahan toksik yang belum dikenalpasti, pada muka Kim Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari.

Abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Wanita Vietnam itu digambarkan oleh polis sebagai "pekerja pusat hiburan", tetapi mereka tidak memberi butiran di mana dia bekerja atau status imigresennya.

Antara pautan di satu lagi akaun Facebook, yang menurut keluarga itu juga memaparkan fotonya, ialah ke laman 'Vietnam Idol'.

Akaun ini adalah atas nama "Bella Tron Tron Bella." - Chubby Bella. Tiada positng selepas November.

Seorang wanita yang miripnya menyanyi sebagai peserta 'Vietnam Idol' dengan nombor 67816 pada 3 Jun 2016.

Wanita itu juga muncul dalam video lain dalam talian. Disiarkan pada April lalu, ia adalah di saluran YouTuber Vietnam yang meminta wanita menciumnya di jalanan.

Wanita dalam video itu sepadan dengan salah satu gambar terkini polis Malaysia.

Dalam video itu, dia kelihatan ketawa kecil sebelum berciuman dengan lelaki itu di atas bangku di taman.

Layari berita lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/373463

Recommended