Polis berbalas tembakan tangkap suspek letupkan 'periuk tekanan' di Bandung

  • 7 years ago
Bom kecil meletup di taman sebelum penyerang melarikan diri ke pejabat kerajaan dan berbalas tembakan dengan polis di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, letupan dipercayai daripada periuk tekanan dan suspek melarikan diri ke bangunan kerajaan tempatan.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan polis berbalas tembakan dengan lelaki itu dan sebahagian bangunan dibakar.

Suspek ditahan selepas situasi cemas selama kira-kira sejam.