PKR cabar Umno, laksana hudud di Terengganu juga

  • 9 years ago
Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, PKR hari ini berkata, Umno patut mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengananu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom yang mengistiharkan sokongan terhadap usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mengetepikan halangan sedia ada.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.