Mahkamah tolak permohonan Gerakan cabar hudud K'tan
  • 9 years ago
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh parti Gerakan untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) negeri Kelantan yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan tetapi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

Parti komponen BN itu memohon kebenaran untuk mengemukakan empat soalan perlembagaan kepada mahkamah tertinggi, yang juga berfungsi sebagai mahkamah perlembagaan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah Islam.