'K'tan tak akan jadi Nigeria, Pakistan ghairah laksana hudud'
  • 9 years ago
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa Kelantan tidak akan bertukar menjadi seperti Nigeria atau Pakistan yang ghairah melaksanakan undang-undang jenayah hudud sehingga berlakunya banyak kesilapan dan kelemahan.

Katanya, pentadbiran itu banyak melupakan aspek-aspek lain yang lebih penting dan ini berbeza dengan PAS yang telah mengadakan bengkel untuk membincangkan proses menjalankan hukuman dan prosedur yang ketat sebelum hukuman dilaksanakan.