Mah sahkan tak akan jadi senator jika tewas

  • 9 years ago
Calon BN bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong menafikan bahawa beliau akan diberi jawatan kabinet meskipun jika dirinya tewas kali ini.

Menurutnya, selaku presiden Gerakan, beliau telah membekalkan nama dua calon untuk pertimbangan perdana menteri dan namanya tidak berada dalam senarai berkenaan.

Justeru, atas sebab itu, katanya, beliau perlu bertanding untuk mendapatkan kerusi Teluk Intan jika ingin ke Dewan Rakyat.