Persatuan jurufoto mahu tindakan segera

  • 9 years ago
Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru polis mengambil tindakan segera berhubung insiden kekasaran terhadap jurugambar ketika membuat liputan ketibaan abu jasad mangsa nahas MH17 di Sungai Besi hari ini.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata kekasaran ke atas jurugambar The New Straits Times Aizuddin Saad amat tidak berperikemanusiaan.

Katanya, Aizuddin ditumbuk di muka manakala jurufoto Utusan Malaysia Rushdi Salleh sempat mengelak.