Dewan Ulama mahu 2 ADUN PAS dikenakan tindakan displin

  • 9 years ago
Dewan Ulama PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul supaya mendesak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan tatatertib kepada dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Mereka menyifatkan tindakan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan ADUN Morib hasnul Baharuddin didakwa melanggar adab dan displin jamaah dan mencalar imej Majlis Syura Ulama selepas badan itu memutuskan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.