Melayu 'pendatang': PEMBELA berang, mahu tindakan keras

  • 9 years ago
Sekumpulan 52 NGO Melayu yang menamakan diri mereka sebagai Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini membuat laporan polis terhadap perwakilan Gerakan Tan Lai Soon yang membuat kenyataan semalam yang mendakwa bahawa orang Melayu juga adalah pendatang selain Cina dan India.

Mereka yang berang itu juga mendesak agar pihak berkuasa mengheret Tan ke mahkamah atas dakwaan menghasut dan mendesak Gerakan supaya memecat ahlinya tersebut.