Anwar tak ada, Kak Wan, Azmin ada, kata PAS

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama antara PAS dan Pakatan Rakyat akan tetap diteruskan dan kukuh walaupun sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara.

Ini kerana, katanya, semasa Barisan Alternatif ditubuhkan, Anwar pada ketika itu berada di dalam penjara dan sebarang mesyuarat di pengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.