Pasukan, kartel tak sihat bagi masa depan PKR, kata Azmin

  • 9 years ago
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, 'pasukan' ataupun 'kartel' yang wujud sempena pemilihan parti merupakan sesuatu yang tidak sihat untuk masa depan parti itu.

Azmin bagaimanapun berkata, beliau menyambut baik hasrat rakan-rakannya yang menawarkan khidmat kepada parti sempena pemilihan yang akan berlangsung pada 26 April hingga 11 Mei depan.