Laungan Farhash "Azmin Semburit" tak hormat parti, ahli PKR buat aduan
  • 5 years ago
Sekumpulan ahli PKR Selangor tampil membuat aduan hari ini terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas pengerusi PKR Perak itu melaungkan “Azmin semburit” petang semalam.

Kumpulan itu yang diketuai bekas timbalan ketua penerangan PKR Selangor K Gunasekaran berkata, pihaknya sakit hati mendengar laungan yang dibuat Farhash selepas beliau dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

“Perkataan Anwar Ibrahim ‘next PM’ kita setuju. Tanda hormati aspirasi suara parti,” katanya kepasa pemberita sebelum menyerahkan salinan aduan kepada wakil Lembaga Disiplin PKR di ibu pejabat parti itu.