Zahid: AG tentukan Anwar boleh hadir sidang parlimen

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan sementara menunggu keputusan pengampunannya.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan timbalannya, Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar bahawa Anwar selaku ahli parlimen Permatang Pauh mesti memohon kebenaran daripada speaker Dewan Rakyat dan ketua pengarah Jabatan Penjara.