Anwar: Sidang parlimen khas perlu disegerakan
  • 4 years ago
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan perlu mengadakan satu sidang parlimen khas dengan segera bagi membincangkan isu-isu semasa terutama Covid-19.

Beliau turut mengambil contoh Kanada yang mengadakan sidang parlimen yang lebih kecil dengan tidak semua ahli parlimen perlu hadir dalam sesi itu.

Menurutnya, peraturan mesyuarat parlimen boleh dipinda bagi tujuan itu dan sesi parlimen boleh dilakukan melalui persidangan video.