'Mungkin Zahid, Anwar boleh contohi Najib bersumpah di masjid' - Annuar
  • 3 years ago
Bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mencadangkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi supaya melafazkan sumpah di masjid bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Tindakan itu kata beliau adalah bagi menafikan pembabitan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan satu rakaman audio bersama individu didakwa sebagai Anwar yang telah menjadi tular.

Kata Annuar sebelum ini Najib memilih untuk bersumpah membela diri selepas dituduh bertanggungjawab atas kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Masjid Kampung Baru.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/v...
Recommended