Shahidan soal sama ada barua boleh digunakan di sidang Parlimen
  • 4 years ago
Shahidan Kassim (PN-Arau) bertanya kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said sama ada perkataan “barua” boleh digunakan dalam Parlimen setelah mendakwa Kasthuri Patto (PH- Batu Kawan) menggunakan perkataan tersebut semalam di Dewan Rakyat.

Azalina berpandangan perkataan tersebut membawa maksud tidak baik, sambil memberitahu bahawa Speaker Azhar Azizan Harun akan membuat keputusan berhubung beberapa perkara yang dilihat sensitif dalam parlimen seperti insiden antara Kasthuri dan Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) semalam.
Recommended