'Arwah banyak membantu menanggung keluarga'
  • 6 hari lalu
'Arwah banyak membantu menanggung keluarga'

BERITA SEMASA 23 APRIL 2024

Pemergian anak dalam insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada pagi Selasa, dianggap sebagai wira, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Mohamad Borak, 71, pasrah dengan kejadian yang menimpa anaknya, Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, yang merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas tragis itu.

Menurutnya, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan cukup ceria menyambut Aidilfitri bersama isteri dan tiga orang anaknya di kampung.

Artikel: https://rb.gy/s2e969

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #Tragedi #TLDM #Lumut #Helikopterterhempas