Haram sebar gambar, video aib si mati - Mufti Kelantan
  • 5 hari lalu
Haram sebar gambar, video aib si mati - Mufti Kelantan

BERITA SEMASA 24 APRIL 2024

Perbuatan menyebarkan gambar atau video mayat nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, adalah haram di sisi Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hal itu kerana perbuatan tersebut boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti atau menggores hati keluarga serta waris sekali gus mengundang dosa.

Menurutnya, Islam mengutamakan penghormatan pada jenazah yang sama seperti mana semasa dia hidup.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661141/berita/semasa/haram-sebar-gambar-video-aib-si-mati---mufti-kelantan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #tragediduahelkopterterhempas