Helikopter TLDM terhempas: Agong mahu ATM jalankan siasatan terperinci
  • 5 hari lalu
Helikopter TLDM terhempas: Agong mahu ATM jalankan siasatan terperinci

BERITA SEMASA 23 APRIL 202

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian itu.

Baginda turut mendoakan semoga semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

TLDM mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Difahamkan insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660951/berita/nasional/helikopter-tldm-terhempas-agong-mahu-atm-jalanan-siasatan-terperinci

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #Tragedi #TLDM #Lumut #Helikopterterhempas