Pindah si bulus selepas kawasan klinik haiwan banjir
  • 4 bulan lalu
Pindah si bulus selepas kawasan klinik haiwan banjir

BERITA MOJO 27 DISEMBER 2023

Demi nyawa 25 ekor si bulus, kakitangan sebuah klinik haiwan di bandar Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan memindahkan kucing selepas kawasan perniagaan berkenaan dinaiki air awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Tindakan segera itu juga bagi memastikan kesemua si bulus selamat dan kesihatan juga terjaga sepanjang berada di klinik.

Kesemua kucing itu diletakkan di tempat khas bagi menjaga keselesaan haiwan sepanjang berada di tingkat atas.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/641339/Pindah-si-bulus-selepas-kawasan-klinik-haiwan-banjir

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Kelantan #Banjir #PasirMas