Isteri resah, suami hilang ingatan selepas kemalangan
  • tahun lalu
Isteri resah, suami hilang ingatan selepas kemalangan

BERITA SEMASA 25 FEBRUARI 2023

Berat ujian buat seorang isteri apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini, hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Kejadian itu berlaku ketika Zamri Jamaludin berusia 30 tahun itu yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

Menurutnya, sejak insiden berkenaan, suaminya lebih banyak termenung malah terpaksa menanggung sakit kepala berterusan setiap hari.

Lebih membuatkan hatinya gusar apabila doktor memaklumkan ingatan suami akan mengambil masa untuk pulih.

Artikel: https://bit.ly/3EBwivi

#BeritaSemasa #SinarHarian