[LIVE] MERDEKA: DILEMA SELEPAS ENAM DEKAD
  • 3 tahun lalu
MERDEKA: DILEMA SELEPAS ENAM DEKAD

Malaysia Prihatin sekali lagi dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2021 seperti mana tahun lepas.

Semoga tema itu benar-benar dihayati dan diaplikasi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selepas 'diulit' krisis politik yang panjang, semoga dengan perlantikan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharapkan merdekalah juga 'derita' rakyat.

Namun selepas enam dekad, berapa ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham dan menghayati makna sebenar merdeka dan kemerdekaan itu? Apakah kemerdekaan hanya sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata? Atau sekadar catatan peringatan agar semua tidak lupa dan terlepas pandang daripada menyambutnya.

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 285 SEKARANG di semua platform media sosial kami:

Portal: www.sinarharian.com.my
Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#PerkasakanSuaraMalaysia