'Healing' minum kopi ditemani si bulus
  • 6 bulan lalu
'Healing' minum kopi ditemani si bulus

BERITA MOJO 7 NOVEMBER 2023

Menikmati secawan kopi sambil ditemani sekumpulan kucing comel dan manja pastinya menjadi suasana menyenangkan terutama buat mereka yang sememangnya suka akan haiwan tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Ia juga boleh menjadi satu terapi bagi mengurangkan tekanan selepas seharian penat bekerja.

Ingin berkongsi perasaan itu telah mendorong pasangan suami isteri Muhammad Shafiq Nasaruddin, 29, dan Nazatul Faseha Mohd Nasir, 29, untuk menjadikan pusat penjagaan kucingnya di Pusat Komersial Rasah Prima di sini sebagai lokasi 'healing' yang diberi nama Kucing dan Kopi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633165/edisi/melaka-ns/healing-minum-kopi-ditemani-si-bulus

Muzik: ukelele dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini