Bonus RM2,000 untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 13 OKTOBER 2023

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sementara menunggu kajian ini lengkap, kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran insentif awal kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan
seluruh anggota beruniform.