Penjawat awam mengaku tak salah terima rasuah, palsukan dokumen
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Tiga penjawat awam melibatkan dua Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Tangkak, dan seorang kerani Kolej Vokasional, Pagoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan menerima wang suapan serta memalsukan dokumenu pada November 2019 lalu.

Abdul Razak Mohd Darom dan Mohd Faizal Abd Razak masing-masing dituduh menerima RM4,500 dan RM1,500 daripada kerani Kolej Vokasional Pagoh, Siti Aminah Nahar, bagi Perkhidmatan Penyediaan Makan Jamuan atau Mesyuarat bagi Perkhidmatan Makan dan Minum bagi Seminar Kecemerlangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah SM dan SK Tahun 2019 dan Perkhidmatan bekalan Makan dan Minum Bengkel Kerja Pengurusan Strategik PPD Tangkak.

Siti Aminah pula mengaku tidak bersalah bagi empat pertuduhan utama melibatkan pemalsuan permohonan pesanan kerajaan, dokumen pembelian terus dan invois pembekal serta pesanan penghantaran yang berjumlah RM12,273.02.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://bit.ly/3FF0nKe

#BeritaSemasa #SinarHarian