Sarjan tidak mengaku terima rasuah RM20,000
  • 3 bulan lalu
Sarjan tidak mengaku terima rasuah RM20,000

BERITA SEMASA 15 JANUARI 2024

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen, Johor Bharu atas pertuduhan menerima rasuah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang terlibat kes pecah amanah dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak dan Nor Azura Md Amin.

S Usha Nantiny, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta suapan RM20,000 daripada seorang lelaki bagi melepaskan isterinya yang terlibat dalam kes pecah amanah sebagai dorongan untuk tidak menahan wanita berkenaan.

Ini bagi mengelak siasatan dijalankan bagi kesalahan dilakukannya di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang sedang disiasat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644406/berita/semasa/sarjan-tidak-mengaku-terima-rasuah-rm20000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #RasuahBusters #SarjanRasuah