Bonus dua bulan setengah gaji kepada penjawat awam Selangor

  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2023

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2023 sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam berkhidmat di bawah pentadbirannya akan dibayar pada 28 Disember nanti.

Jumlah sama juga akan dihulurkan sekali lagi pada Februari tahun hadapan sebagai persediaan untuk meringankan beban penjawat awam membuat persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak dua bulan setengah gaji kepada kakitangan awam yang sudah dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633980/edisi/selangor-kl/penjawat-awam-selangor-terima-bantuan-khas-dua-bulan-setengah-gaji

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa