PRK Pelangai: Kiki, Lala kucing kurang upaya jadi perhatian
  • 7 bulan lalu
PRK Pelangai: Kiki, Lala kucing kurang upaya jadi perhatian

BERITA MOJO 2 OKTOBER 2023

Gelagat dua ekor kucing kurang upaya, Kiki dan Lala menjadi tarikan buat penduduk di Felda Chemomoi dekat sini yang setia menemani pemiliknya, Abdul Aziz Abdullah ketika menunggang motosikal setiap hari di rancangan tersebut.

Ragam dua ekor kucing itu antara gelagat yang mencuri perhatian sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong, Pahang.

Abdul Aziz berkata, Kiki mengalami buta kedua-dua belah matanya dan Lala pula lumpuh akibat patah pinggang selepas dilanggar sebuah kereta beberapa bulan lalu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/281864/edisi/pahang/prk-pelangai-kiki-lala-kucing-oku-jadi-perhatian

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #PRKPelangai