[WAWANCARA EKSKLUSIF] PRK Pelangai: PH tekad lawan sentimen 3R
  • 7 bulan lalu
[WAWANCARA EKSKLUSIF] PRK Pelangai: PH tekad lawan sentimen 3R

Walaupun kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai masih belum dirasai, namun sudah ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menakut-nakutkan penduduk kawasan itu dengan memainkan isu 3R (agama, kaum, raja).

Menurut Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, menyedari hal ini, Pakatan Harapan (PH) mewakili kerajaan perpaduan berusaha memerangi sentimen 'jahat' ini.

Katanya, bersandarkan populasi pengundi Pelangai iaitu Melayu sebanyak 72 peratus dengan sebahagian besar adalah penduduk Felda, mereka sudah mula dimomok-momokkan dengan sentimen Melayu-Islam yang jika tidak dibendung, mampu merosakkan pemikiran rakyat dan merenggangkan hubungan antara kaum di kawasan itu.

Banyak lagi kisah dikongsi Young Syefura yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan Timbalan Pemuda DAPSY ini, terutama bagaimana beliau berdepan kecaman juga kejian sepanjang bergelar pemimpin parti berkenaan.

Saksikan Wawancara Eksklusif pada Ahad, 17 September 2023 jam 2 petang di semua platform digital Sinar Harian.

Muzik:
1. Chemtrails by Semo - https://artlist.io/royalty-free-music/album/chemtrails/5237
2. Visions by Ardie Son - https://artlist.io/royalty-free-music/album/visions/6834

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #youngsyefuraothman #kerajaanmadani #KerajaanPerpaduan
Disyorkan