Tiga lelaki dihadap ke mahkamah edar lebih 26kg dadah

  • 8 bulan lalu
Tiga lelaki dihadap ke mahkamah edar lebih 26kg dadah

BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2023

Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Jumaat atas tuduhan mengedar dadah berbahaya seberat 26.2 kilogram, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada M Thinesh, M Vikneswaran dan M Thinesh Kumar selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa telah mengedar dadah jenis ketamin seberat 26.178kg di tepi jalan susur keluar sebelah kanan sebuah stesen minyak di Jalan Gopeng, Kampung Gunung Rapat, Ipoh sekitar jam 9.15 malam pada 20 September lalu.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/281501/berita/semasa/tiga-lelaki-didakwa-edar-lebih-26kg-dadah

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini