Kes 1MDB Najib: Lelaki misteri ‘meroyan’ di Mahkamah KL
  • 2 tahun lalu
Kes 1MDB Najib: Lelaki misteri ‘meroyan’ di Mahkamah KL

BERITA SEMASA 25 OGOS 2022

Sekumpulan individu kecoh di pekarangan Mahkamah KL ketika perbicaraan kes Datuk Seri Najib ketika berlangsungnya prosiding kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB hari ini.

Datuk Seri Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa, Beliau dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Artikel: https://bit.ly/3PJea5n

#BeritaSemasa #SinarHarian
Disyorkan