Ibu terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan edar dadah
  • 9 bulan lalu
BERITA MOJO 21 JULAI 2023

Selepas terpaksa melahirkan anak dan membesarkannya di dalam penjara sehingga usia 17 bulan, seorang suri rumah yang didakwa mengedar dadah dua tahun lalu akhirnya dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di Seremban pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu terhadap R Devaki, 34, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Beliau berkata, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/LZkv

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo