Tiga lelaki tidak mengaku rogol adik ipar rakan

  • 8 bulan lalu
Tiga lelaki tidak mengaku rogol adik ipar rakan

BERITA SEMASA 13 SEPTEMBER 2023

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan merogol adik ipar rakan secara bergilir-gilir, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Dua beradik, Nik Mohammad Rahimin Mat Zaid dan Nik Khaira Hafizi serta Mohd Zulhilmi Zainuddin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang wanita berumur 26 tahun di sebuah unit pangsapuri di Wangsa Maju, antara jam 2 hingga 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/278739/berita/semasa/tiga-lelaki-tidak-mengaku-rogol-adik-ipar-rakan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #SinarTerkini