Lelaki tidak mengaku rogol, amang seksual remaja

  • 6 bulan lalu
Lelaki tidak mengaku rogol, amang seksual remaja

BERITA MOJO 17 NOVEMBER 2023

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelaki itu didakwa merogol mangsa di tepi Sungai Kenering, Kampung Belum Baru Lawin, Gerik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh yang masih bujang turut didakwa bagi dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan yang mana tertuduh dan ahli keluarganya dilarang mendekati dan mengganggu mangsa.

Kes disebut semula pada 18 Disember 2023.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634987/berita/semasa/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-rogol-amang-seksual

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Rogol #MahkamahSesyenKualaKangsar #AmangSeksual

Disyorkan