Lelaki pedofilia mengaku tidak bersalah lakukan jenayah seksual

  • 11 bulan lalu
Lelaki pedofilia mengaku tidak bersalah lakukan jenayah seksual

BERITA SEMASA 27 JUN 2023

Seorang lelaki pedofilia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas empat pertuduhan berkait jenayah seksual terhadap anak saudara perempuannya lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Ishak dan Nor Azura Md Amin.

Bekas mekanik kapal di Singapura itu yang berusia 41 tahun membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan, tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta lapor diri di balai polis sebulan sekali.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/265521/berita/semasa/bekas-mekanik-didakwa-rogol-rakam-video-pornografi-anak-saudara

#SinarHarian #BeritaSemasa