NADIA AZMI JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • 8 bulan lalu
NADIA AZMI JAWAB SOALAN CEPUMAS

KECIL molek orangnya, namun bakat beliau cukup besar.

Lontaran vokal dan cara penyampaian berita terutama dalam lenggok bahasa Inggeris cukup dikagumi ramai.

Setelah diberi kepercayaan menjadi pembaca berita Nightline TV3, rezeki Nadia Azmi terus mekar apabila diberi tanggungjawab mengendalikan slot Buletin Utama pula.

Di sebalik sikap beliau yang sentiasa nampak tenang, rupa-rupanya ibu kepada sepasang cahaya mata itu tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan situasi gugup. Apakah punca beliau mengalami situasi itu?

Kesibukan dengan kerjaya membuatkan anak kelahiran Amerika Syarikat itu jarang punya masa untuk bercuti.

Uniknya beliau memilih untuk duduk dalam kereta jika ingin melarikan diri seketika dan berehat. Kenapa agaknya ?

Ketahui apakah item paling berharga atau disayangi Nadia sejak dahulu
sehingga kini? Begitu juga tiga lagu yang masih melekat dalam mindanya walau sudah berdekad lama.

Untuk dapatkan jawapan kepada semua soalan tersebut, saksikan video pendek ini. Selamat menonton!

Personaliti: NADIA AZMI(@nadia.azmi)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)