DATIN LISA SURIHANI JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • tahun lalu
DATIN LISA SURIHANI JAWAB SOALAN CEPUMAS

LAMA tidak melihat kelibat Datin Lisa Surihani di kaca TV. Pun begitu, kehadirannya masih didambakan terutama buat klien yang mahu mempromosikan sesuatu produk.

Terbaharu, beliau dilantik sebagai duta baharu jenama terkenal, Ariani. Kemudian diikuti sebagai wajah bagi pencuci Daia Hijab All Day Freshness.

Ternyata rezeki beliau cukup murah. Kata Lisa, rezeki kurniaan ILAHI disambut dengan penuh kesyukuran.

Tidak hanya itu, transisi imej dan kehidupannya juga dikagumi ramai.

Pun begitu, isteri kesayangan Datuk Yusry Abd Halim itu cukup merendah diri. Jujur mengakui, beliau kini masih dalam proses memperbaiki diri sebagai isteri, ibu, anak dan juga seorang individu.

SinarPlus sempat mencungkil rahsia rumahtangga pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke hari ini.

Adakah Yusry seorang yang romantis dengan menghadiahkan bunga atau pasangan ini rajin keluar dating berdua?

Lisa turut diajukan pertanyaan tentang kejutan terbesar yang pernah beliau terima.

Katanya 'hadiah' tersebut diterima sewaktu ulang tahun perkahwinan pertama mereka. Apakah kejutan tersebut?

Segalanya akan terjawab dalam video ringkas ini. Jom tonton sama-sama.

Personaliti: LISA SURIHANI MOHAMED (@lisasurihani)
Wartawan/Teks/Video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Muzik: Think It Through, Randy Sharp daripada Artlist

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news